Bengkel KDB siri 6
23 April 2017| Aktiviti Terkini
Bengkel KDB siri 6 ini telah diadakan pada hari Sabtu, 22 April 2017. Bengkel ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 14 tahun. Bengkel ini telah diadakan selama 30 Minit iaitu bermula pada pukul 3.00 hingga pukul 3.30 petang.
Bengkel yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini, ialah bengkel mengenai buli cyber dimana, para peserta diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menerima kenalan baru di media social. Para peserta juga diberi tips untuk mengenal pasti sama ada kenalan baru tersebut selamat untuk ditambah sebagai kenalan atau tidak. Bengkel ini juga telah diadakan sesi soal jawab secara langsung daripada kalangan peserta kepada petugas PI bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: