Program Sukaneka “Badan Cergas Elak Tibi”
30 September 2017| Aktiviti TerkiniProgram Sukaneka “Badan Cergas Elak Tibi” ini telah diadakan pada hari Jumaat, 29 September 2017. Program ini telah sertai oleh komuniti setempat yang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa. Program ini telah diadakan selama 5 jam iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari.
Program yang berlangsung di Dewan Besar Felda Pasoh 3 ini, ialah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat setempat. Program ini merupakan program kerjasama Jawatan Kuasa Komuniti Rancangan bersama Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol. Program ini juga telah dirasmikan oleh YB Mohd Razi Bin Mohd Ali Adun Sungai lui. Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam program ini antaranya ialah, aktiviti sukaneka, aktiviti mewarna dan ujian saringan kesihatan secara percuma yang di jalankan oleh pihak Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: