dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Pasoh 3, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Explorace Klik Dengan Bijak

08 Oktober 2017| Aktiviti Terkini

Explorace Klik Dengan Bijak ini telah diadakan pada hari Ahad, 7 Oktober 2017. Aktiviti ini telah disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 12 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 6 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.

Aktiviti ini telah diadakan di kawasan sekitar Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan para peserta mengenai program Klik Dengan Bijak yang telah dianjurkan oleh pihak MCMC. Sebelum aktiviti ini dijalankan para peserta telah diberi taklimat mengenai program Klik Dengan Bijak yang merangkumi pelbagai aspek antaranya maklumat palsu, buli siber dan kesan daripada terlebih kongsi. Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan petugas PI telah memberi hadiah kepada kumpulan yang telah menyelesaikan tugasan dengan cemerlang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.