Program E-Learning
20 Februari 2017| Aktiviti Terkini
Program E-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 19 Februari 2017. Program ini telah dihadiri oleh seramai 16 orang pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 5 dan 14 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 4 jam iaitu bermula pada jam 2 petang hingga jam 6 petang.
Program yang berlangsung di ruang utama Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini, ialah program yang mengajar para pelajar menghasilkan Brooch menerusi tutorial yang terdapat di internet.Antara manfaat lain yang boleh diperoleh daripada program ini ialah para pelajar boleh menjual hasil tangan mereka bagi mendapatkan pendapatan sampingan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: