Kelas Hafazan Quran Interaktif – Surah Al Fatihah)
01 Ogos 2017| Aktiviti TerkiniKelas Hafazan Quran Interaktif ini telah diadakan pada hari Isnin, 31 Julai 2017. Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 11 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 3.40 petang hingga pukul 4.40 petang.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini, ialah mengenai kelas hafazan surah-surah pendek yang terdapat dalam al-Quran. Sebelum aktiviti hafazan dijalankan, para peserta diajar teknik hafazan terlebih dahulu. Bermula dengan info surah selepas itu baru disambung dengan bacaan surah. Keunikan teknik hafazan yang dilatih oleh petugas PI ini ialah setiap bacaan surah akan dibaca secara berkumpulan bukan secara individu. Kelas ini juga sebagai satu cara membuktikan PI Pasoh 3 ini bukan sekadar tempat mempelajari ilmu duniawi sahaja, malah merangkumi aspek ukhrawi juga. Secara tidak langsung, kelas seperti ini telah memberi peluang kepada petugas PI untuk menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: