dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Pasoh 3, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Iftar Perdana Bersama Tadika Kemas (F) Pasoh 3

15 Jun 2017| Aktiviti Terkini

Program Iftar Perdana bersama Tadika Kemas (F) Pasoh 3 ini telah diadakan pada hari Rabu, 14 Jun 2017. Program ini ialah kerjasama daripada pentadbiran Tadika Kamas, pengurusan Felda Pasoh 3 dan para ibu bapa. Program yang telah berlangsung di perkarangan Tadika Kemas (F) Pasoh 3 ini, telah bermula pada pukul 6.30 petang sehingga pukul 8.30 malam.

Program ini telah dimulakan dengan ucapan Pengerusi Tadika. Diikuti dengan bacaan doa dan buka puasa. Program ini juga telah diisi dengan solat maghrib secara berjemaah dan makan bersama-sama. Para jemputan dihidangkan menu juadah berbuka puasa yang istimewa dan dihidangkan dengan pelbagai jenis air minuman. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah diadakan dengan jayanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.