Program KDB @ Sekolah Kebangsaan (F) Raja Alias 3
29 September 2017| Aktiviti TerkiniProgram KDB @ Sekolah Kebangsaan (F) Raja Alias 3 ini telah diadakan pada hari Khamis, 28 September 2017. Program ini telah sertai oleh 184 orang peserta yang terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6 Sekolah Kebangsaan (F) Raja Alias 3. Program ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.
Program yang berlangsung di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (F) Raja Alias 3 ini, ialah bertujuan untuk memberi maklumat mengenai peggunaan internet dalam kalangan murid sekolah rendah. Dalam taklimat ini petugas PI menerangkan 3 aspek penting tentang peggunaan internet yang perlu di titik beratkan semasa melayari internet iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab. Sehubungan itu, petugas PI juga menyampaikan amanah yang disarankan oleh pihak MCMC mengenai aspek penekanan dalam program Klik dengan Bijak iaitu mengenai maklumat palsu,buli siber dan lain-lain. Sebelum mengakhiri taklimat, petugas PI telah mengadakan sesi soal jawab dan murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan cenderahati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: