Kelas Keusahawanan & Kecantikan
22 April 2017| Aktiviti TerkiniKelas Keusahawanan dan kecantikan ini telah diadakan pada hari Jumaat, 21 April 2017. Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada wanita dewasa yang berumur 26 hingga 45 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini, ialah kelas bagi membuka peluang kepada suri rumah untuk menjana pendapatan dengan berasaskan produk kecantikan. Para peserta telah diberi peluang mencuba produk asas bagi produk kecantikan tersebut untuk memberi mereka menikmati kesan produk tersebut. Para peserta telah diberi pemjelasan dengan produk tersebut dan telah diajar secara terperinci untuk menggunakan produk tersebut dengan betul dan mendapatkan hasil yang memuaskan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: