Kelas Fotografi Digital
10 November 2017| Aktiviti TerkiniKelas Fotografi Digital ini telah diadakan pada hari Rabu dan Khamis, 8 dan 9 November 2017. Program ini telah dihadiri oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital sekitar Negeri Sembilan dan Melaka yang terdiri daripada dewasa yang berusia dari 24 tahun hingga 36 tahun. Program ini telah diadakan selama 7 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang selama 2 hari berturut-turut.
Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Tenaga pengajar bagi kelas ini telah didatangkan khas daripada Universiti Malaysia Sarawak. Modul bagi sesi pembelajaran ini ialah para peserta telah dimaklumkan beberapa teknik dan kaedah yang betul untuk menghasilkan gambar dengan kemas dan menarik. Para peserta telah ditugaskan untuk menghasilkan studio mini. Studio mini tersebut dilengkapi dengan lampu agar gambar yang diambil, cukup pencahayaannya. Sesi pembelajaran telah dijalankan dengan beberapa peringkat iaitu sebelum dan selepas bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih jelas tentang penggunaan studio mini dalam proses menghasilkan gambar produk yang cantic.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: