Program Bersama Pewani Felda Pasoh 3
05 November 2017| Aktiviti TerkiniProgram bersama Pewani Felda Pasoh 3 ini telah diadakan pada hari Sabtu, 4 November 2017. Program ini telah dihadiri oleh Persatuan Wanita Felda Pasoh 3 (Pewani) yang terdiri daripada dewasa yang berusia dari 35 tahun hingga 45 tahun. Program ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi.
Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Program ini bertujuan untuk membincangkan program-program kerjasama yang boleh diadakan antara PI dan Pewani. Antara cadangan yang diusulkan ialah untuk mengadakan kelas komputer secara berkala di PI bagi setiap bulan. Selain itu, PI dan Pewani telah menjalinkan hubungan kerjasama secara rasmi bagi meningkatkan kualiti penggunaan komputer secara meluas dalam kalangan suri rumah tangga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: