Kelas Video Editing siri 2
23 April 2017| Aktiviti TerkiniKelas Video Editing siri 2 ini telah diadakan pada hari Sabtu, 22 April 2017. Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 14 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini, ialah kesinambungan bagi kelas Editing Video siri 1 yang lalu. Kelas pada kali ialah mengenai teknik memasukkan “text” dan “transition” untuk video yang dihasilkan. Para pelajar dapat mengikuti langkah-langkah yang diajar dengan sebaiknya sehingga dapat memasukkan unsur-unsur berikut ke dalam video yang dihasilkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: