Kelas e-Solat
02 Ogos 2017| Aktiviti TerkiniKelas e-Solat ini telah diadakan pada hari Selasa, 1 Ogos 2017. Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 11 tahun. Bengkel ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 3.40 petang hingga pukul 3.40 petang.
Kelas yang berlangsung di ruang utama Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini, ialah bertujuan untuk memberi pendedahan akan kepentingan solat kepada para peserta. Kelas yang diadakan pada hari ini ialah pendedahan awal mengenai jenis-jenis solat dan bilangan rakaat yang menjadi tanggungjawab setiap seorang muslim. Kelas ini diadakan secara santai dengan tayangan video dan lagu bagi memudahkan urusan untuk menghafal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: