Program Erobik Bersama KOSPEN
8 Oktober 2018| Aktiviti Terkini
Program Erobik ini telah diadakan pada hari Ahad 7 Oktober 2018. Program ini telah disertai oleh para wanita yang berusia 26 hingga 54 tahun. Program ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 5.30 petang hingga pukul 6.30 petang.
Program ini merupakan program anjuran Kospen dan telah diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Pasoh 3. Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan penduduk dan melahirkan masyarakat yang sihat bagi menjaga kesejahteraan keluarga dan negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: