Program Advokasi di SMA Rantau
16 Oktober 2018| Aktiviti Terkini
Program Advokasi ini telah diadakan pada hari Isnin, 15 Oktober 2018. Program ini telah sertai oleh 48 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Agama Rantau. Program ini telah diadakan selama 1 jam 15 minit iaitu bermula pada pukul 11.15 pagi hingga pukul 1.00 petang.
Program yang berlangsung di Makmal Komputer Sekolah Menengah Agama Rantau ini, ialah bertujuan untuk memberi maklumat mengenai peggunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Dalam taklimat ini petugas PI menerangkan 3 aspek penting tentang peggunaan internet yang perlu di titik beratkan semasa melayari internet iaitu keselamatan,kewaspadaan dan tanggungjawab. Sehubungan itu, petugas PI juga menyampaikan amanah yang disarankan oleh pihak MCMC mengenai aspek penekanan dalam program Klik dengan Bijak iaitu mengenai maklumat palsu,buli siber dan lain-lain. Sebelum mengakhiri taklimat, petugas PI telah mengadakan sesi soal jawab dan murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan cenderahati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: