Program Advokasi di ALARM, Melaka
16 Oktober 2018| Aktiviti Terkini
Program Advokasi ini telah diadakan pada hari Rabu, 15 Oktober 2018. Program ini telah sertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah di daerah Tampin. Program ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 11.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.
Program yang berlangsung di Akademi Latihan Rela Malaysia (ALARM) ini, merupakan program kolaborasi pihak Pusat Ekonomi Digital dengan Agensi Antidadah Negeri Sembilan. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai penggunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Dalam taklimat ini petugas PI menerangkan 3 aspek penting tentang peggunaan internet yang perlu di titik beratkan semasa melayari internet iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Sehubungan itu, petugas PI juga menyampaikan amanah yang disarankan oleh pihak MCMC mengenai aspek penekanan dalam program Klik dengan Bijak iaitu mengenai maklumat palsu,buli siber dan lain-lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: