Kursus Penampilan Diri & Asas Kecantikan
29 Oktober 2018| Aktiviti Terkini
Kursus Penampilan diri dan Asas Kecantikan ini telah diadakan pada hari Ahad, 28 Oktober 2018. Kursus ini telah disertai oleh peserta wanita yang berusia 20 hingga 40 tahun.. Kursus ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang.
Kursus ini telah diadakan di Dewan Rumah Rakyat Serting Tengah. Setiap peserta telah diberi peluang menggunakan produk yang dibekalkan dengan dibantu oleh tenaga pengajar yang berpengalaman serta diberi tips untuk penjagaan kulit muka. Kursus ini bertujuan untuk membuka peluang kepada suri rumah supaya menjaga penampilan diri malah boleh menjana pendapatan melalui produk kecantikan tersebut
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: