Program Smart Solat
25 November 2018| Aktiviti Terkini
Program Smart Solat ini telah diadakan pada hari Ahad, 24 November 2018. Program ini telah disertai oleh kanak-kanak dan dewasa. Program ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 4.00 petang.
Program ini telah diadakan di Ruang Utama Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang kepentingan solat dalam kehidupan. Pengisian bagi program ini meliputi teori dan praktikal. Para peserta diberi penerangan mengenai rakaat dalam solat, rukun solat dan cara istinjak yang betul sebelum menunaikan solat. Seterusnya, disambung secara praktikal. Para peserta dilatih dengan cara solat secara berjemaah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: