Program Advokasi di SMK Dato’ Undang Haji Adnan
21 Februari 2018| Aktiviti TerkiniProgram Advokasi di Sekolah Menengah Dato’ Undang haji Adnan ini telah diadakan pada hari Selasa, 20 Februari 2018. Program ini telah disertai oleh pelajar asrama SMK DUHA yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Program ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 8.00 malam hingga pukul 10.00 malam.
Program ini merupakan program kerjasama dengan PI Kota Pekan, PI Pasoh 2 dan PI Batang Melaka dan telah diadakan di Dewan Makan SMK DUHA. Antara pengisian bagi program ini ialah pengenalan tentang PI merangkumi fungsi PI dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PI. Selain itu, program ini juga telah diisi dengan pengenalan e-kelas Maxis anjuran pihak Maxis yang telah diadakan di PI Kota Pekan. Sehubungan dengan tema program advokasi, pihak PI juga telah mengadakan pengisian mengenai Buli Siber kepada para peserta dan berkongsi cara yang betul untuk mengatasi gejala tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: