E-Learning (Congak Matematik)

21 April 2018| Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning (Congak Matematik) ini telah diadakan pada hari Jumaat 20 April 2018. Kelas ini telah disertai oleh 7 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 12 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Antara pengisian bagi kelas ini ialah aktiviti menjawab kuiz matematik menggunakan kaedah congak melalui soalan-soalan matematik yang telah disediakan di laman sesawang Quizizz. Para peserta dapat membuat ulangkaji dan mengukuhkan lagi teknik congak matematik yang telah diajar oleh guru di sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali