D.I.Y Project Hydroponic

22 April 2018| Aktiviti Terkini

Program D.I.Y Project Hydroponic ini telah diadakan pada hari Sabtu 21 April 2018. Program ini telah disertai oleh 7 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 11.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.

Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Antara pengisian bagi program ini ialah aktiviti tutorial teknik menanam melalui Youtube. Selepas itu, petugas PI telah sediakan peralatan kepada para peserta untuk menanam biji benih dengan menggunakan bekas hydroponic.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali