Deco Raya Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3

24 Jun 2018| Aktiviti Terkini

Kelas Deco raya Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini telah diadakan pada hari Sabtu 23 Jun 2018. Kelas ini telah disertai oleh seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 6 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini bertujuan untuk menguji kreativiti para peserta dengan belajar membuat ketupat. Kelas ini juga diadakan sempena Aidilfitri yang disambut pada 15 jun yang lalu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali