E-Learning UPKK Siri 6

04 Jun 2018| Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning UPKK Siri 6 ini telah diadakan pada hari Ahad 3 Jun 2018. Kelas ini merupakan kelas persediaan UPKK yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Kelas ini telah disertai oleh murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (F) Pasoh 3. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan di Pusat Ekonomi Digital Felda pasoh 3. Pengisian bagi kelas pada kali ini ialah sesi pembelajaran bagi subjek Ibadah dan Aqidah. Para peserta telah diajar tentang bab tayammum dan rukun iman. Setiap peserta telah dibekalkan dengan set latihan dan diberi tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali