Kelas Hafazan Interaktif

23 April 2018| Aktiviti Terkini

Kelas Hafazan Interaktif ini telah diadakan pada hari Ahad 22 April 2018. Kelas ini telah disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 8 hingga 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10.18 pagi hingga pukul 12.18 tengahari.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Antara pengisian bagi kelas ini ialah aktiviti menghafaz surah-surah pendek daripada Al-Quran. Bagi sesi yang pertama ini,para peserta telah diberi Surah An-Naba’. Pada permulaan aktiviti ini, para peserta telah diberi maklumat awal mengenai surah tersebut. Seterusnya, diteruskan dengan aktiviti hafazan dengan menggunakan teknik yang sangat menyeronokkan dan mudah untuk diaplikasikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali