Penerangan MSPO di Rancangan

28 Ogos 2018| Aktiviti Terkini

Sesi penerangan MSPO ini telah diadakan pada hari Isnin 27 Ogos 2018. Program ini telah disertai oleh peneroka Felda Pasoh 3. Program ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.30 petang hingga pukul 4.30 petang. Program ini telah diadakan di Dewan Besar Felda pasoh 3.

Program ini merupakan program anjuran pihak Felda dan Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pencerahan kepada para peneroka prosedur menghasilkan minyak kelapa sawit yang berkualiti. Para peneroka telah diberi saranan untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar bagi melayakkan kelapa sawit di Felda Pasoh 3 ini diluluskan untuk ke pasaran antarabangsa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali