Kelas Matematik (Pecahan)
22 September 2018| Aktiviti TerkiniKelas Matematik (Pecahan) ini telah diadakan pada hari Jumaat 21 September 2018. Kelas ini telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.
Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda pasoh 3. Pengisian bagi kelas pada kali ini ialah para peserta telah diberi tips dan diajar untuk menyelesaikan masalah pecahan. Sebagai sesi pengukuhan, Para peserta juga telah diberi tugasan untuk menerangkan semula setiap operasi yang telah diajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: