E-Learning (Menyelami Kisah Ashabul Ukhdud)

16 April 2018| Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning (Menyelami Kisah Ashabul Ukhdud) ini telah diadakan pada hari Ahad 15 April 2018. Kelas ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam 15 minit iaitu bermula pada pukul 2.45 petang hingga pukul 4.15 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Terdapat 2 aktiviti yang telah dijalankan di dalam kelas ini. Aktiviti pertama ialah tayangan video mengenai Kisah Ashabul Ukhdud iaitu kisah tauladan yang merupakan salah satu kisah daripada kitab suci Al – Quran. Aktiviti yang kedua ialah menjawab kuiz berkaitan dengan yang telah ditayangkan dengan menggunakan laman sesawang Quizizz sebagai salah satu cara aktiviti pengukuhan untuk input baru yang telah diberikan kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali