Hari Santai Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2

16 September 2018| Aktiviti Terkini

Hari Santai Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 ini telah diadakan pada hari Sabtu 15 September 2018. Program ini melibatkan seluruh penduduk Felda pasoh 2. Program ini telah diadakan selama 7 jam iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi hingga pukul 2.30 petang. Program ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda pasoh 2.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah 1000 langkah dan saringan kesihatan oleh KOSPEN, online colouring, Aktiviti Klik dengan Bijak Sekolah Rendah, Pertandingan mewarna tadika dan aktiviti Sukaneka. Program ini merupakan program anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 kerjasama Pusat Ekonomi Digital daripada Felda Pasoh 3, Kota Pekan, Felda Sungai Lui dan Batang Melaka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali