Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3

09 September 2018| Aktiviti Terkini

Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini telah diadakan pada hari Sabtu 8 September 2018. Program ini melibatkan seluruh penduduk Felda pasoh 3. Program ini telah diadakan selama 5 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. Program ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda pasoh 3.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah aktiviti sukaneka dewasa dan pelajar sekolah menengah, aktiviti mewarna keluarga, aktiviti Klik dengan Bijak, Program Advokasi bersama ibu bapa, pameran daripada pejabat kesihatan Jempol dan pemeriksaan kesihatan bersama pihak KOSPEN.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali