Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui

30 September 2018| Aktiviti Terkini

Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui ini telah diadakan pada hari Sabtu 29 September 2018. Program ini melibatkan seluruh penduduk Felda Sungai Lui. Program ini telah diadakan selama 6 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 2.00 petang. Program ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah pertandingan mewarna tadika, pertandingan masakan rendang, pertandingan basikal berhias, pakaian kemerdekaan tahap 1 & 2, aktiviti galah panjang, sukaneka makan biskut, Aktiviti Scratch kesihatan dan ceramah Klik dengan Bijak. Program ini merupakan program anjuran PI Felda Sungai Lui dan kerjasama dengan PI Pasoh 2, Pasoh 3 dan Kota Pekan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali