Tayangan Video & Kuiz Kemerdekaan

06 Ogos 2018| Aktiviti Terkini

Tayangan Video & Kuiz Kemerdekaan ini telah diadakan pada hari Ahad 5 Ogos 2018. Aktiviti ini telah disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 10 hingga 14 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 6 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 6.00 petang.

Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda pasoh 3. Pengisian bagi aktiviti ini ialah tayangan video tragedi Bukit Kepong. Setiap daripada babak-babak dalam video tersebut telah diulas oleh staff Pusat Ekonomi Digital bagi menambah kefahaman para peserta. Setelah selesai tayangan video tersebut, telah diadakan sesi soal jawab kuiz berdasarkan tayangan video yang telah diadakan. Para peserta yang berjaya menjawab soalan dengan betul, telah diberikan hadiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali