Perkhidmatan Bergerak TH di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3

23 September 2018| Aktiviti Terkini

Perkhidmatan Bergerak TH ini telah diadakan pada hari Sabtu 22 September 2018. Program ini telah disertai oleh penduduk Felda Pasoh 3. Program ini telah diadakan selama 6 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 3.30 petang.

Program ini telah diadakan di perkarangan Pusat Ekonomi Digital Felda pasoh 3. Antara perkhidmatan yang telah dijalankan ialah Pembukaan akaun baru (Kanak-kanak & Dewasa), Skim Pemotongan Gaji Bulanan, Promosi Aplikasi THJari, Pendaftaran Haji melalui penyata KWSP secara PERCUMA, Tambahan Simpanan TH, Membuat Penamaan ke atas akaun TH, Kemaskini profil peribadi dan Pengeluaran Wang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali