Video Raya Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3

13 Jun 2018| Aktiviti Terkini

Kelas video raya Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini telah diadakan pada hari Selasa 12 Jun 2018. Kelas ini telah disertai oleh seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 11 hingga 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 4 jam iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.

Kelas ini telah diadakan di ruang utama Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini bertujuan untuk mengasah bakat lakonan para peserta dan belajar teknik untuk menggunakan sudut kamera bagi mendapatkan video yang cantik. Kelas ini bertemakan Hari Raya, para peserta diwajibkan memakai baju raya bagi memeriahkan suasana semasa sesi rakaman dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali