Booth Advokasi di Majlis Perasmian Bukit Beruang
8 April 2018| Aktiviti TerkiniBooth Advokasi di Majlis Perasmian Bukit Beruang ini telah diadakan pada hari Sabtu 7 April 2018. Majlis ini telah disertai oleh seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, persatuan belia kampung Serting Ulu, Pelatih PLKN dan murid – murid sekolah rendah sekitar Daerah Jempol. Majlis ini telah diadakan selama 6 jam iaitu bermula pada pukul 7.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari.
Booth Advokasi ini telah diadakan di Berhulucamp, Serting Ulu . Pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya ialah sesi pengenalan Pusat Ekonomi Digital dan fungsi-fungsinya kepada para pengunjung. Selain itu juga telah diadakan sesi pengenalan bagi memperkenalkan Portal SEBENARNYA.MY yang merupakan salah satu inisiatif MCMC yang telah ditubuhkan bagi merungkai segala isu yang tular di Negara kita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: