Kelas Keusahawanan (Teknik Pemasaran & Kewangan)
16 Januari 2019 | Aktiviti Terkini
Kelas Keusahawanan (Teknik Pemasaran & Kewangan) ini telah diadakan pada hari Selasa, 15 Januari 2019. Kelas ini telah disertai oleh wanita dewasa yang berusia 28 tahun hingga 49 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 1.00 petang.
Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para peserta yang kebanyakannya merupakan suri rumah sepenuh masa bagi memperoleh pendapatan sampingan. Para peserta telah diajar teknik-teknik mudah yang boleh digunakan untuk mempromosi barangan dan menguruskan kewangan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: