Program Advokasi sempena Hari Terbuka PKD Serting Ilir
20 Jun 2019 | Aktiviti Terkini
Program Advokasi sempena Hari Terbuka Pusat Komuniti Desa Serting Ilir ini telah diadakan pada hari Rabu 19 Jun 2019.Program ini telah disertai oleh peserta dewasa yang berumur 23 hingga 45 tahun. Program ini telah diadakan selama 4 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 1 petang.
Program ini telah diadakan di Pusat Komuniti Desa Serting Ilir. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan menjaga adab semasa atas talian agar sentiasa berhati-hati berkongsi maklumat peribadi secara berlebihan sehingga boleh mengancam keselamatan kepada diri sendiri. Selain itu juga, para peserta diberikan pendedahan tentang kewujudan Portal Sebenarnya.my merupakan salah satu portal yang diwujudkan oleh pihak MCMC yang boleh digunakan oleh masyarakat untuk menentu sahkan sesuatu berita yang tular di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: