Program Advokasi Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3

18 November 2019 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 ini telah diadakan pada hari Ahad 17 November 2019. Program ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 8 tahun hingga 14 tahun. Program ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 3.00 petang. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Seusai program ini diadakan, para peserta perlu sertai aktiviti Eksplorasi bagi menguji tahap kefahaman mereka tentang topik yang telah dibentang semasa Program Advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali