eKelas Maxis (Bahasa Inggeris) Minggu ke 8

6 April 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Bahasa Inggeris) Minggu ke 8 ini telah diadakan pada hari Jumaat 5 April 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6, Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 yang berumur 12, 13 dan 15 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.10 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Aktiviti pada minggu ini ialah para peserta diberikan tugasan untuk membuat lakonan drama mengikut tajuk-tajuk yang telah diberikan oleh guru masing-masing. Para pelajar perlu melakonkan watak-watak tersebut tanpa suntingan video.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali