eKelas Maxis (Bahasa Inggeris) Penggal 1 Siri 2

23 February 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Bahasa Inggeris) Penggal 1 Siri 2 ini telah diadakan pada hari Jumaat 22 Februari 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6, tingkatan 1 dan tingkatan 3 yang berumur 12 hingga 15 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Topik bagi subjek Bahasa Inggeris ialah mengenai pembinaan watak protagonist. Para peserta perlu mempelajari tentang kisah-kisah tauladan yang telah tercatat sejak dahulu untuk mendalami watak-watak protagonist yang boleh dijadikan teladan dan contoh untuk dipraktikkan dalam kehidupan nyata.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali