eKelas Maxis (Bahasa Inggeris) Penggal 1 Siri 3

2 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Bahasa Inggeris) Penggal 1 Siri 3 ini telah diadakan pada hari Jumaat 1 Mac 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6 dan tingkatan 3 yang berumur 12 dan 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Topik bagi subjek Bahasa Inggeris untuk Tahun 6 pada kali ini ialah tentang pembinaan watak-watak antogonis dan teknik lakonan menggunakan skrip drama kisah – kisah tauladan pada zaman dahulu. Seperti Raja bersiong dan si Tanggang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali