eKelas Maxis (Matematik & Sains) Penggal 1 Siri 1

24 February 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Matematik & Sains) Penggal 1 Siri 2 ini telah diadakan pada hari Sabtu 23 Februari 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 6 hingga tingkatan 3 yang berumur 12 hingga 15 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 5 jam 20 minit iaitu bermula pada pukul 10.20 pagi hingga pukul 4.40 petang. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Topik bagi subjek Matematik tahun 6 ialah mengenai Pecahan dan topik bagi subjek Sains ialah para peserta telah diajar tentang tajuk mikroorganisma. Manakala bagi subjek matematik tingkatan 1, para pelajar mempelajari topik Nombor Nisbah. Bagi subjek Sains pula para pelajar mempelajari topik ketumpatan. Selepas waktu rehat, program ekelas Maxis ini telah disambung dengan kelas tingkatan 3. Bagi subjek Matematik, para pelajar telah belajar topik Ungkapan algebra manakala subjek Sains, para pelajar telah diajar topik Rangsangan dan gerak balas iaitu gerak balas tumbuhan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali