eKelas Maxis (Matematik & Sains) Penggal 1 Siri 5

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Maxis (Matematik & Sains) Penggal 1 Siri 5 ini telah diadakan pada hari Sabtu 16 Mac 2019. Kelas ini telah disertai oleh pelajar tahun 6 dan tingkatan 1 yang berumur 12 dan 13 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam 40 minit iaitu bermula pada pukul 10.20 pagi hingga pukul 1.00 petang.

Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Aktiviti bagi kelas pada hari ini ialah para peserta telah diberikan set soalan yang mempunyai beberapa bahagian yang perlu dijawab. Aktiviti ini merupakan penilaian terhadap para peserta yang telah mengikuti eKelas Maxis bagi subjek Matematik dan Sains dalam tempoh 2 bulan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali