Program Wanita Celik IT (Kelas Microsoft Excel Siri 2)

12 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program Wanita Celik IT (Kelas Microsoft Excel Siri 2) ini telah diadakan pada hari Khamis, 11 April 2019. Program ini telah disertai oleh wanita dewasa yang berusia 28 tahun hingga 49 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi.

Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Kelas yang telah diadakan ini merupakan kesinambungan bagi Kelas Microsoft Excel Siri 1. Pada kali ini para peserta telah diajar tentang cara untuk membuat resit perniagaan menggunakan Microsoft Excel dengan memasukkan formula-formula yang telah diajar bagi menghasilkan resit perniagaan bagi merekodkan transaksi jual beli barang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali