Fun Day @ PI Pasoh 3 – Program Usahawan Cilik (Buah-Buahan)

1 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Fun Day @ PI Pasoh 3 – Program Usahawan Cilik (Buah-Buahan) ini telah diadakan pada hari Sabtu 30 November 2019. Program ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 5 tahun hingga 12 tahun. Program ini telah diadakan selama 6 jam iaitu bermula pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 4.30 petang. Program ini telah dijalankan di sekitar Felda Pasoh 3.

Untuk aktiviti usahawan cilik pada minggu ini, para peserta telah diajar teknik memotong buah untuk dijual dari segi kuantiti dan pengiraan modal serta jualan produk tersebut untuk mendapatkan untung yang setimpal. Supaya perniagaan yang dijalankan tidak mengalami kerugian. Aktiviti penyediaan barangan sentiasa dipantau oleh petugas Pusat Ekonomi Digital agar keselamatan para peserta sentiasa terjamin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali