Fun Day @ PI Pasoh 3 – Program Usahawan Cilik (Coco Jar)

9 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Fun Day @ PI Pasoh 3 – Program Usahawan Cilik (Coco Jar) ini telah diadakan pada hari Ahad 8 Disember 2019. Program ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga 13 tahun. Program ini telah diadakan selama 7 jam iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi hingga pukul 4.30 petang. Program ini telah dijalankan di sekitar Felda Pasoh 3. Untuk aktiviti usahawan cilik pada minggu ini, para peserta telah diajar untuk menghasilkan coco jar.

Bermula dari penyediaan bahan mengikut resepi yang dipelajari daripada youtube. Pusat Ekonomi Digital telah mengeluarkan modal untuk membeli keperluan dan bahan. Para peserta juga telah diajar mengenai cara untuk memasak dan sukatan coklat yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam setiap bekas coco jar yang dihasilkan sebelum dijual. Keuntungan daripada jualan tersebut telah diberikan kepada para peserta yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali