Fun Day @ PI Pasoh 3 – Program Usahawan Cilik (Dadih)

2 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Fun Day @ PI Pasoh 3 – Program Usahawan Cilik (Dadih) ini telah diadakan pada hari Ahad 1 Disember 2019. Program ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga 14 tahun. Program ini telah diadakan selama 9 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi hingga pukul 6.00 petang.

Program ini telah dijalankan di sekitar Felda Pasoh 3. Untuk aktiviti usahawan cilik pada minggu ini, para peserta telah diajar untuk memasak dadih dan penyediaannya untuk dijual kepada pelanggan. Para peserta juga telah diajar tentang bekas yang sesuai untuk digunakan bagi mengisi dadih. Setiap keuntungan jualan diagihkan secara sama rata kepada semua peserta yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali