Fun Day @ PI Pasoh 3 (Kelas Kahoot)

5 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Fun Day @ PI Pasoh 3 (Kelas Kahoot) ini telah diadakan pada hari Rabu 4 Disember 2019. Kelas ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga 14 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.30 petang hingga pukul 4.30 petang. Kelas ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan para peserta sambil bermain. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk menguji kecekapan para peserta untuk memberikan jawapan dengan cepat dan betul mengikut tempoh masa yang telah diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali