Fun Day @ PI Pasoh 3 – Usahawan Cilik (Koktail)

25 November 2019 | Aktiviti Terkini

Fun Day @ PI Pasoh 3 – Usahawan Cilik (Koktail) ini telah diadakan pada hari Ahad 24 November 2019. Program ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga 14 tahun. Program ini telah diadakan selama 5 jam iaitu bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 3.00 petang. Program ini telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman kepada para peserta dalam bidang perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Pusat Ekonomi Digital mengeluarkan modal membeli bahan jualan dan peralatan. Sebelum mengadakan jualan, para peserta diajar tentang adab-adab untuk menjual barangan serta strategi untuk melariskan jualan tanpa membuat paksaan terhadap orang lain. Untung jualan ini telah diberikan kepada para peserta yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali