Fun Day @ PI Pasoh 3 (Mini Sukaneka)

24 November 2019 | Aktiviti Terkini

Fun Day @ PI Pasoh 3 (Mini Sukaneka) ini telah diadakan pada hari Sabtu 23 November 2019. Aktiviti ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga 14 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.30 petang hingga pukul 4.30 petang. Aktiviti ini telah dijalankan di Ruang Utama Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Aktiviti ini merupakan aktiviti pembukaan bagi program cuti sekolah di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Para peserta perlu membentuk kumpulan untuk bertanding dalam acara yang disediakan. Setiap kumpulan perlu membuat sorakan kumpulan bagi memupuk semangat kerjasama dan berdaya saing dalam kalangan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali