Program Penutup Fun Day @ PI Pasoh 3

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Program Penutup Fun Day @ PI Pasoh 3 ini telah diadakan pada hari Ahad 15 Disember 2019. Program ini telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia 6 tahun hingga 13 tahun. Aktiviti ini telah diadakan selama 5 jam iaitu bermula pada pukul 11.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. Program ini telah dijalankan di perkarangan luar Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan para peserta yang telah hadir dan sertai semua program sepanjang Fun Day @ Pi Pasoh 3 ini dijalankan. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program penutup ini berlngsung antaranya ialah DIY Air Fanta, Aktiviti BBQ dan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta yang telah berjaya memenangi aktiviti di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali