Program Saringan Kesihatan Bersama Klinik Kesihatan Jempol

20 November 2019 | Aktiviti Terkini

Program Saringan Kesihatan Bersama Klinik Kesihatan Jempol ini telah diadakan pada hari Selasa 19 November 2019. Program ini dianjurkan bersama dengan Klinik Kesihatan Jempol. Program ini telah diadakan selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Program ini telah diadakan di Ruang Utama Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk tempatan untuk memeriksa kesihatan terkini,mendapatkan ubat-ubatan dan rundingan kesihatan daripada doktor yang bertugas untuk sesi tersebut. Program ini juga memudahkan penduduk setempat tanpa perlu keluar jauh dari Felda Pasoh 3 hingga ke Bandar Seri Jempol.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali